Saturday 18 June 2011

BIG BOSS DTG KB? Suatu komitmen yg sungguh luarbisa


Artikel ttg program kami disiarkan dlm Sinar Harian





 Yesss! Buat julung kalinya, Pemilik Anncare Biotech Centre (merupakan farmasi terbesar di Taiwan dan disenaraikan dalam Bursa Saham Utama Taiwan iaitu Anne bersama suaminya yg handsome Andy Lin
ditemani Marcus Lee salah seorang pengarah syarikat ATO ( beliau juga salah seorang pengarah di Insaas Berhad - bos kepada Mid Valley, Cititel Hotel, Dome Coffee dan banyak lagi)... Apa yg membuatkan sy bangga addalah kerana mereka ini semuanya masih muda & sangat berjaya pada usia yg muda... Mereka juga ditemani oleh Pengerusi syarikat ATO iaitu Dato Daud Darus. Kenapa mereka sanggup datang ke KB? ini menunjukkan komitmen mereka yang begitu yakin kepada usahawan2 Kelantan.. belum pernah lagi sy tgk Bos-Bos Besar yg mahu datang ke Kelantan utk berkenalan dgn distributornya... Kami sgt teruja okeh!!


Pagi Sabtu kami jemput mereka di Airport KB, hantar check in dekat hotel.. then teros bwk lunch dekat Nasi Ulam Cikgu, Kraftangan.. Berpeluh2 Bos makan ikan tawar cicoh budu... Best tgk makanan semua licin! Mereka nieh sgt la humble... jarang la sy kenal tokoh korporat yg sgt berjaya mesra alam mcm nieh...


Alhamdulillah... walaupun org2 KB dapat tahu ttg program ini 3 hari sebelomnya... namun program pada hari tersebut Full House you... Anne nampak begitu anngun sekali dengan selendang pink diatas kepalanya... Satu pengalaman serta penghargaan yg indah sekali buat kami semua di Kelantan dengan penerangan tentang produk yg begitu detail oleh Anne... Credit to Shamsul kerana menjadi penterjemah yg bagus.. Tq to Dato Daud Darus diatas perkongsian yg hebat ttg syarikat juga peluang perniagaan... Kami semua semakin bersemangat & berkobar2... yayyy!!!



Habes event... sy balek sekejap utk tukar baju & tengok anak... then bawak Boss2 semua jalan jalan carik makan dkt Pantai Cinta Berahi? ooopsss dah tukar nama.... Pantai Cahaya Bulan :D



Taraaaa!!! kami makan begitu banyak sekali... Mee Goreng, Bihun Goreng, Semua Jenis Seafood yg digoreng, Sup Tulang, Keropok Lekor... Hahaha... Dato Daud mmg sgt peramah & kami gelak smpi pecah perot dgn lawak beliau...

Fuh! hari itu mmg dlm sejarah... Wlaupon penat tapi tak terasa... Happy? jgn ckp lew... mmg kami semua sgt happy & sgt bertuah...

Smpi rumah dah midnight, balek tido... kroh! kroh!






No comments:

Post a Comment